Mengenai Kami

Nouri Foods adalah pembekal produk makanan Muslim yang beroperasi di Johor Bahru. Kami komited ingin membekalkan produk makanan berkualiti kepada masyarakat Malaysia dan Singapura.

Pengeluar batang buruk kami  mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam menghasikan batang buruk dan berbagai kuih muih tradisional. Rasa kuihnya yang unik dan tidak sepeti pengeluar batang buruk yang lain membuatkan kami ingin memasarkan dengan secara lebih meluas agar dapat dinikmati oleh ramai penggemar dan mengekalkan citarasa terhadap kuih tradisional tidak hilang ditelan zaman.

Kami juga adalah ejen pengedar kurma Ajwa Madinah. Mengapa kurma Ajwa? Kerana kurma Ajwa merupakan kurma kesukaan Nabi dan mempunyai pelbagai khasiat kepada tubuh badan. Kurma kami merupakan kurma premium dan rasanya lebih manis berbanding kurma di pasaran yang lain.

Mengapa beli dari kami?

Kualiti

Kami memastikan pembekal makanan kami berkualiti tinggi dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidangnya.

Pembungkusan Selamat

Setiap produk kami menggunakan bungkusan jenis ‘zip-lock’ memastikan kesegaran makanan walaupun selepas dibuka.

 

Kami memastikan setiap penghantaran menggunakan khidmat kurier, produk dibungkus menggunakan ‘inflatable air bubble’ berketebalan 3cm, menjamin produk tidak hancur dan selamat sampai ke destinasi pembeli.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dan Singapura

Dengan menggunakan servis kurier, kami boleh menhantar produk ke serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kami juga mengambil tempahan daripada pelanggan Singapura, sama ada melalui penghantaran ataupun COD di Malaysia.