Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Ajwah Madinah adalah merupakan kurma yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat, termasuk antara kurma yang paling lazat (sedap), lembut dan harum.
Al-Tibb al-Nabawi, hal. 258
Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”
[HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
Daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.”
[HR Muslim (2048)]
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :
والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ
Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.”
[HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]
“Saya tak pernah merasa kurma Ajwa seperti ini, biasanya selalu beli di pasaraya sahaja. Namun rasa Kurma Ajwa ni jauh lebih sedap, memang takkan beli yang lain dah”
Puan Norainee
Pertama kali merasa Kurma Ajwa
“Selalu kurma yang saya beli kering dan keras. Kurma Ajwa ini memang lembut dan manis, sesuai untuk golongan tua yg gigi dah tak berapa nak ada”
Puan Yati
Warga Emas
“Pada bulan puasa, saya kurang gemar membeli-belah di luar sana kerana ramai orang. Kini dengan ada penghantaran ke rumah, beli kurma pun dari sini saja”
En Osman
Pembeli online tegar